Tuesday, June 16, 2009

Procc Motorsport / www.protonclub.com


ProtonClub.Com atau ProCC merupakan sebuah komuniti portal yang telah dicipta oleh pada 31hb Mei 2002. Dengan domain yang mempunyai nilai komersial, ProCC boleh dilayar oleh pengguna di alamat http://www.protonclub.com//.
2002Setelah ProCC mendapat sambutan ramai dari segenap lapisan penduduk Malaysia, barulah kami membuka ruangan forum untuk pengunjung laman web ini berdiskusi. Setelah hampir setahun laman web ini menerima kunjungan ramai pemilik-pemilik Proton, barulah portal ini dapat membentuk satu komuniti yang bertujuan dapat menjalikan hubungan yang lebih mesra diantara pelayar laman web ini.
2003Pada awal tahun 2003, kami memperkenalkan pendaftaran berbayar. Pada ketika itu ahli 1 hingga 100, kami hanya mengenakan bayaran penyertaan RM11, ahli tidak perlu membuat sebarang bayaran selepas itu sehingga akhir hayat. RM11 adalah bertujuan untuk bayaran membeli pelekat logo, pelekat cermin, tanda nama keahlian dan bayaran untuk sewa tapak hosting. Kami tahu, walaupun tapak hosting adalah wajib dibayar setiap tahun, namun begitu Syarikat pengendali portal ini adalah pihak yang bertanggung jawab atas pembayaran sewa setiap tahun walaupun pada tahun tersebut penyertaan ahli berbayar bukan pada target yang dikehendaki, tetapi target kami adalah syarikat-syarikat yang ingin mengiklankan aksesori kereta didalam laman web kami ini.
Pada bulan Mac 2003, bagi memperluaskan lagi hasrat memajukan ProCC dengan namanya yang telah mula dikenali serata Malaysia, kita cuba membuat beberapa produk lain seperti Pelekat Banner, Baju T-shirt Berkoler, dan Topi ProCC. RM2 daripada keuntungan hasil jualan akan dimasukkan didalam tabung ProCC.
Pada bulan April 2003, Tabung ProCC telah diperkenalkan. Tabung ProCC merupakan tempat simpan segala hasil yang diperolehi melalui segala aktiviti ataupun event ProCC, segala hasil jualan produk ProCC, dan RM3 dari setiap ahli baru dari 101 keatas.
Pada bulan May 2003, kelab telah menetapkan kadar bayaran baru untuk ahli berbayar iaitu RM20 sebagai yuran penyertaan dan tiada bayaran tahunan dikenakan sehingga akhir hayat. Ini kerana pada ketika itu tempoh promosi untuk 100 ahli berbayar terawal dengan bayaran RM11 telah tamat. Walaupun kami mengenakan lebih RM9 berbanding asal, kami telah menetapkan RM3 daripada bayaran tersebut dimasukkan kedalam tabung ProCC yang telah ditubuhkan itu.
Pada bulan-bulan seterusnya, ProCC telah mula bergerak maju setelah berbagai aktiviti diadalah bagi tujuan mengeratkan lagi silaturahim sesama ahli. Seperti mana ProCC FC telah mengadalah 3 perlawanan bola sepak persahabatan setakat ini dan manakala setiap 2 hari dalam sebulan kita adakan sesi latihan badminton.
Bagi megkukuhkan lagi team-team yang ada didalam ProCC ini seperti ProCC FC, ProCC Badminton Team dan Badan Kebajikan ProCC yang telah menerima sambutan awal dari ahli berbayar ProCC, kami telah menubuhkan tabung berasingan yang dipegang oleh setiap team masing-masing. Contohnya tabung ProCC FC, kita akan AJK tersebut akan mengutip RM10 dari setiap pemain yang menyertai perlawanan persahabatan tersebut bagi tujuan pembayaran padang dan pengadil. Manakala lebihnya akan dikumpul didalam tabung ProCC FC tersebut untuk tujuan membeli jersi pasukan. Begitu juga dengan ProCC Badminton Team, juga terdapat tabung yang berasingan yang kutip oleh ketua team tersebut untuk menyediakan bekalan air dan bulu tangkis untuk latihan bulanan.
Pihak pengurusan memandang serius terhadap pertambahan ahli berbayar ProCC yang semakin meningkat dari hari ke hari dan dari tahun ke tahun untuk masa mendatang. Oleh yang demikian, kami sedang membuat perancangan jangka masa panjang untuk memberikan seberapa banyak faedah untuk ahli berbayar ProCC merasakan betapa untungnya menjadi ahli berbayar sepanjang hayat tanpa bayaran tahunan. Diatas usahasama yang akan dicapai oleh kelab dan beberapa buah bengkel, restoran dan berbagai lagi syarikat yang ingin turut serta. Kami akan cuba menyediakan bengkel Panel ProCC, Medan selera Panel dan sebagainya untuk semua ahli ProCC mendapat potongan harga apabila servis atau berbelanja dipanel tersebut. Usahasama ini akan dimulakan tahun hadapan.
Insyallah, kalau ada rezeki kami target pada tahun 2010, kita akan mengadakan perhimpunan rasmi sebagai perjumpaan kelab paling besar di Malaysia dan akan direkodkan dalam Malaysia Book Of Record.
Semoga dengan perkongsian idea dan harapan dari saya sendiri sebagai Presiden ProCC dan juga founder komuniti ini, kita harapkan perjuangan ini akan dapat diteruskan dan segala cita-cita untuk menyatukan pemilik-pemilik Proton akan berjaya.
**Bersatu mengeratkan silaturahim,ProCC tegak menuju kejayaan.


No comments:

Post a Comment